Home Politik Baiah tak cukup, wujudkan akta lompat parti

Baiah tak cukup, wujudkan akta lompat parti

Presiden Majlis Professor Negara (MPN), Professor Datuk Dr. Raduan Che Rose bercakap pada sidang media mengenai isu "Pengucapan Kebencian di Malaysia: Di Manakah Kita?" bertempat di Majlis Professor Negara, Country Heights, Kajang, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 21 DISEMBER 2018.

KAJANG – Wakil rakyat UMNO sepatutnya setia dengan parti itu sekalipun kini telah menjadi pembangkang bukan bertindak ‘melarikan diri’.

Walaupun berhadapan dengan cabaran besar selepas PRU-14 namun menurut Prof. Datuk Dr Raduan Che Rose, ia tidak bererti tugas sebagai wakil rakyat tidak boleh diteruskan.

Wakil rakyat yang lompat parti hanya membuktikan diri mereka tidak ikhlas sebaliknya berada dalam arena politik hanya kerana kepentingan diri sendiri.

“Saya sangat kecewa pembangkang yang ada sekarang tidak berhasrat jadi pembangkang yang baik.

“Saya sangat kecewa pendirian orang yang lompat parti tidak seharusnya berlaku kalau ikhlas keluar terus letak jawatan wakil rakyat dan parti kenapa mesti hipoktit memikirkan diri sendiri,” kata Presiden Majlis Presiden Negara (MPN) itu ketika sidang media di Balai Ilmuan hari ini.

Justeru tambah Raduan demi mengekang tindakan yang disifatkannya sebagai tidak beretika ini, Akta anti lompat parti perlu diwujudkan segera.

“Akta itu perlu diwujudkan perlu memecat baiah pun tidak cukup,” katanya lagi.

Selain UMNO Sabah yang umum keluar parti, di Langkawi seramai 30 ahlinya juga telah bertindak demikian baru-baru ini. -MalaysiaGazette