Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin kini sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai ahli biasa sahaja.
Pengesahan itu dibuat oleh Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, kelulusan permohonan bekas Ketua Puteri UMNO itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung parti itu baru-baru ini.