Home Nasional Pekerja syarikat pembersihan tergantung di tingkat 33 sebuah hotel

Pekerja syarikat pembersihan tergantung di tingkat 33 sebuah hotel

Dua pekerja syarikat pembersihan bangunan berdepan detik cemas apabila gondola yang dinaiki untuk mencuci permukaan kaca sebuah hotel di Persiaran KLCC di sini mengalami masalah teknikal.
Dua pekerja syarikat pembersihan bangunan berdepan detik cemas apabila gondola yang dinaiki untuk mencuci permukaan kaca sebuah hotel di Persiaran KLCC di sini mengalami masalah teknikal.

KUALA LUMPUR – Dua pekerja syarikat pembersihan bangunan berdepan detik cemas apabila gondola yang dinaiki untuk mencuci permukaan kaca sebuah hotel di Persiaran KLCC di sini mengalami masalah teknikal.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, seorang mangsa tergantung dengan memakai ‘’Harness’’ di tingkat 33 hotel itu manakala seorang lagi tersangkut di gondola di tingkat satu.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata kedua-dua lelaki warga Nepal berusia 30-an itu berjaya diselamatkan pada pukul 11.49 pagi.

“Pasukan Bomba melakukan penyelamatan menggunakan kaedah “Ascending” iaitu menaikkan mangsa pertama ke tingkat 34 yang mempunyai ruang akses.

“Bagi mangsa kedua pihak Bomba menggunakan jentera ‘Aerial Ladder Platform’,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, seramai 13 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 10.57 pagi.

— BERNAMA