Home Nasional Guling PM: Azmin orang pertama nyatakan sokongan terhadap Dr Mahathir

Guling PM: Azmin orang pertama nyatakan sokongan terhadap Dr Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendengar soalan wartawan pada sidang media selepas membentangkan Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) sambil diiringi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali (kiri) di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 OKTOBER 2018
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendengar soalan wartawan pada sidang media selepas membentangkan Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) sambil diiringi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali (kiri) di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Disebalik desas desus ada komplot untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pantas menyatakan sokongan terhadap pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Azmin dilihat antara pemimpin PH yang pertama menyatakan sokongan terhadap Dr Mahathir.

“Saya mendoakan semoga negara Malaysia kekal aman, makmur dan wibawa di bawah pentadbiran dan kepimpinan YAB @chedetofficial sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya di akaun Twitter.

Ahli Parlimen Gombak itu juga antara yang pertama dilantik sebagai menteri Kabinet di bawah Dr Mahathir selepas gabungan itu memenangi Putrajaya, Mei lalu.

Mohamed Azmin kini berada di Mekah kerana menunaikan ibadah umrah dan beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia

Status itu dibuat Azmin selepas Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan bahawa ada komplot bagi menggulingkan Dr Mahathir.

Jelas Khairuddin, gerakan itu digerakkan oleh individu yang kecewa kerana tidak mendapat jawatan dalam Kabinet Dr Mahathir.

Beliau turut menggesa pihak terbabit supaya tidak bersikap kurang ajar kerana Perdana Menteri sedang bertungkus-lumus membangunkan semula negara dan memerlukan sokongan semua pihak. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Bertungkus lumus utk kuatkan parti sendiri utk menaikkan anak angkat Azmin Ali dan anak beliau Murkriz

  2. Bagitu juga yg lain, bertungkus lumus mengunung harta rasuah utk anak bini & keluarga.

    Tak ketinggalan Janda Cun juga, merajuk hinggakan si ayah berhelah lalu memberitahu Anak Nya Muak & Mual.

Comments are closed.