Home Utama Lee Chong Wei juara Seluruh England

Lee Chong Wei juara Seluruh England

Lee Chong Wei bersama piala Seluruh England.
KUALA LUMPUR – Dalam tempoh 45 minit, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mencipta kemenangan kali keempat di gelanggang kejohanan Seluruh England selepas menewaskan pemain China, Shi Yuqi 21-12, 21-10.

Bertempat di Arena Barclaycard, Birmingham, Chong Wei mempamerkan aksi-aksi menarik sekaligus mengangkat pengiktirafan bahawa beliau sememangnya seorang juara dan tidak mudah untuk ditumpaskan oleh pemain China yang baru berusia 21 tahun itu.

Kali terakhir Chong Wei merangkul piala Seluruh England adalah pada 2014 manakala rekod sebelum itu adalah pada 2010 dan 2011.

Chong Wei dalam temuramah ringkas sebaik berakhirnya permainan tersebut mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang sentiasa memberi sokongan kepadanya. – MalaysiaGazette