KUALA LUMPUR- Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia terjejas akibat kejadian tsunami yang membadai Banten, Indonesia malam tadi.
Dalam satu kenyataannya di sini hari ini, ia berkata, pihak kedutaan akan terus memantau rapi perkembangan kejadian tersebut dan akan memberikan maklumat sewajarnya.
“Sehingga kini tiada laporan yang diterima mengenai rakyat Malaysia yang mungkin terlibat di dalam kejadian tersebut.
“Rakyat Malaysia yang terjejas dan memerlukan bantuan boleh menghubungi pegawai di talian +62 813 80813036,” kata kenyataan tersebut.
Setakat ini, Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia mengesahkan tsunami akibat letusan gunung berapi Anak Krakatoa itu telah mengorbankan 62 nyawa dan menyebabkan ratusan lagi tercedera.-MalaysiaGazette