KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menafikan dakwaan dirinya merancang mengubah subjek Sejarah di sekolah.
Menurutnya, laporan itu palsu dan tidak berasas selain cuba mempermainkan sentimen perkauman.
“Saya menyangkal berita tersebut sekeras-kerasnya dan memberi amaran agar pihak tersebut menarik balik berita tersebut serta merta.
“Sekiranya tidak, saya tidak akan teragak-agak untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang kerana laporan sedemikian cuba memburukkan diri saya dan juga kementerian,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Nie Ching, semakan semula bagi Kukrikulum Standard Sekolah Rendah telah ber,ula tahun 2017 di mana kementerian telah menambah baik kukurikulum Sejarah dan Buku Teks sebelum dirinya dilantik menjadi timbalan menteri.
Justeru, kata wakil rakyat DAP itu, mustahil baginya untuk campur tangan terhadap penggubalan dan semakan semula kukurikuum Sejarah apatah lagi melantik mana-mana Team DAP atau NGO China untuk memasukkan input berkaitan dengan sejarah partinya.
Sehubungan itu, katanya, sebarang mesyuarat yang diadakan antara mana-mana NGO dan jawatankuasa tersebut hanya sekadar memberi cadangan terhadap kukurikulum yang dimaksudkan dan beliau sendiri tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat yang diadakan.
“Saya yakin dan percaya dengan kebijaksanaan dan kewibawaan Jawatankuasa Panel Pakar Rujuk Kukrikulum Sejarah dan Buk Teks dan ahli-ahli panelnya yang profesional dalam membuat keputusan yang sewajarnya berkenaan dengan penggubalan dan penambahbaikan kukurikulum Sejarah,” katanya lagi.-MalaysiaGazette