Home Ekonomi Hartanah tidak terjual naik 48 peratus

Hartanah tidak terjual naik 48 peratus

Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah bimbang cara pembelian rumah mengikut cara pendanaan awam (crowdfunding) mungkin menjeremus seseorang ke dalam keadaan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Menyingkap tirai 2019, Malaysia membawa bersama 30,115 unit rumah tidak terjual (angka setakat 30 September 2018), meningkat 48.35 peratus berbanding 20,304 unit tahun lalu.

Menurut data terkini Jabatan Perkhidmatan Pernilaian dan Hartanah yang dikeluarkan pada Sabtu, nilai keseluruhan hartanah tidak terjual meningkat sebanyak 56.44 peratus kepada RM19.54 bilion berbanding RM12.49 bilion tahun lalu.

Sekiranya segmen pangsapuri servis dan pejabat kecil rumah kecil (SoHo) dimasukkan sekali, nilai tersebut bertambah kepada 40,916 unit dengan nilai RM27.38 bilion.

Mengikut definisi JPPH, hartanah tidak terjual adalah sesuatu unit yang tidak dapat dijual dalam tempoh sembilan bulan selepas sijil menduduki dikeluarkan.

Lebih 12,000 unit hartanah berharga RM500,000 dan ke atas tidak dapat dijual manakala bagi segmen RM200,000- RM250,000 sejumlah 3,500 unit hartanah tidak terjual.- MalaysiaGazette