Home Dunia 13 suspek ditahan kes pembunuhan pelancong Maghribi

13 suspek ditahan kes pembunuhan pelancong Maghribi

Orang ramai meletakkan kalung bunga sebagai memberi penghormatan klepada dua pelancong wanita maghribi yang dibunuh baru baru ini.

MOROCCO – Seramai 13 orang suspek ditahan berhubung kematian dua pelancong Maghribi, lapor agensi berita negara itu, 2M.

Empat suspek utama disyaki membunuh Maren Ueland, 28 dari Norway dan Louisa Jespersen dari Denmark.

Keempat-empat suspek itu pernah menjalani hukuman penjara 2 tahun melibatkan kes berkaitan ekstrimism, kata jurucakap keselamatan Nasional Maghribi, Boubker Sabik.

Sembilan lagi ditahan di bandar berlainan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan empat pembunuh utama itu.

Semasa serbuan, pihak berkuasa telah menemui bahan yang mencurigakan yang mungkin digunakan suspek untuk menghasilkan bahan letupan.

Mayat kedua dua wanita itu ditemui pada Isnin di kawasan banjaran Atlas.

Kedua dua wanita berkenaan dilihat bersama tiga lelaki di hotal di Marrakesh sebelum menuju ke Gunung Atlas untuk pendakian.

Mayat kedua dua wanita itu ditemui pasukan pencari di kaki gunung sebuah kawasan pedalaman.

Madhreb Arab Press pula melaporkan bahawa pasangan itu dibunuh dengan menggunakan senjata tangan.

Kerajaan Maghribi menyifatkan pembunuhan berkenaan sebagai perbuatan jenayah dan keganasan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Denmark, Lars Lokke Rasmussen menyifatkan pembunuhan itu bermotifkan politik dan tindakan pengganas,” dakwanya.

antara suspek utama yang ditahan polis
Antara suspek yang ditahan kerana disyaki terlibat langsung dalam pembunuhan dua wanita yang melancong Maghribi.

Empat suspek itu dituduh terlibat langsung terhadap kematian dua wanita itu muncul dalam video menunjukkan kesetiaan terhadap Daesh.

CNN tidak dapat mengesahkan keaslian video itu yang ditular dalam media sosial namun pihak berkuasa Maghribi berkata video berkenaan adalah autentik.

ISIS muncul di Maghribi dan empat suspek berkenaan tidak pernah berkomunikasi dengan anggota Daesh di luar negara dan tiada mana mana orang dalam kalangan mereka ada di Iraq dan Syria.

Norway menyatakan kepercayaan dan keyakinan terhadap keupayaan pihak berkuasa Maghribi dalam melengkapkan siasatan penuh sambil menyatakan penghargaan.- MalaysiaGazette