LONDON – Bekas kapten Manchester United, Wayne Rooney mendedahkan percaya ramai kakitangan di kelab itu tidak berpuas hati dengan sikap Jose Mourinho.
Rooney memberitahu, bukan hanya pemain malah staf bahagian dapur pun tidak suka dengan bekas pengendali dari Portugal itu.
“Ed Woodward juga berdepan masalah sama selain kakitangan lain termasuk staf dapur dan pekerja peralatan sukan tidak gembira di sana.
“Jadi Ole adalah individu yang tepat untuk membantu pasukan dan saya tahu mereka gembira,” katanya memetik laporan Daily Mail.
Mourinho dipecat pada awal minggu lalu berikutan permulaan yang buruk kelab berkenaan pada musim ini.
United berada di tempat keenam dan jatuh beberapa kedudukan dalam Liga Juara-Juara.
Rooney percaya bahawa Ole Gunnar Solskjaer adalah orang yang mampu mengubah suasana toksik di Old Trafford.
Solskjaer dilantik sebagai pengganti Mourinho secara interim dan bertanggungjawab ke atas United buat kali pertama menentang bekas kelabnya Cardiff. – MalaysiaGazette