KLANG – Kematian allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim sepatutnya dibela dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI), kata Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Namun presidennya, Zambri Mohd Isa mempertikaikan tindak tanduk kerajaan yang disifatkannya gagal menubuhkan suruhanjaya khas demi menyiasat kematian anggota bomba angkara rusuhan di sebuah kuil pada November yang lalu.
“Sampai hari ini tidak ada lagi RCI. Kita desak diwujudkan segera RCI. Kita akan bangkit terus lawan,” Katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P. Waytha Moorthy di Dataran Seni Klang petang tadi.
Selaku NGO Melayu, GPMS menurut Zambry, akan terus menuntut pembelaan kematian Allahyarham Adib diberikan perhatian.
Dalam masa sama GPMS tidak akan teragak-agak untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) agar isu keganasan terhadap allahyarham Adib disiasat dengan mendalam.
“Kita akan serah memorandum kepada Agong,” katanya lagi.
Sebelum ini Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan UMNO juga pernah mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhjan bagi mencari dalang sebenar yang mengorbankan nyawa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd yang meninggal 17 Disember yang lalu akibat rusuhan yang berlamu si Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.-MalaysiaGazette