KUALA LUMPUR – Tindakan seorang penyokong DAP bernama Ben mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Presiden Pas kerana tidak puas hati dengan pendirian parti itu menolak pilihan raya kerajaan tempatan amat mengecewakan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, itulah sikap yang seringkali dipamerkan penyokong DAP bila gagal menolak sesuatu hujah dengan fakta dan akhirnya perkataan maki hamun akan menjadi modal mereka.
“Namun apa yang mengecewakan saya, bangsa DAP yang menetap di Kota London tersebut telah menuduh Tuan Guru Haji (Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) sebagai seorang yang tidak boleh menerima DAP memerintah sedangkan DAP dikatakan oleh Ben sebagai sebuah kerajaan yang perform.
“Saya hampir tak percaya dengan lawak bdoh bangsa DAP yang malas membaca dan seolah-olah baru keluar dari gua dan terputus hubungan dengan dunia luar,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas tindakan Ben yang dikatakan ‘memaki hamun’ Abdul Hadi ketika dialog Pas bersama pelajar Malaysia di Ireland semalam.
Justeru, Lokman mempersoalkan apa pencapaian DAP yang hendak dibanggakan oleh Ben.
“Pencapaian menghapuskan cukai GST yang jelas meningkatkan pendapatan negara dan menggantikannya dengan cukai lapok dan tidak efisien SST yang membolehkan peniaga DAP “under declare”, lari cukai, pindah harga dan meningkatkan kos sara hidup rakyat?
“Pencapaian menipu nilai sebenar hutang negara tahun lepas RM686.8 billion yang dikatakan melebihi RM 1 trillion? pencapaian menurunkan nilai ringgit dari RM3.85 1 USD semasa pemerintahan BN kepada RM 4.20 sekarang?” soal Lokman.
Menurut beliau, pencapaian DAP menurunkan nilai indeks BSKL dari 1,850 mata zaman Datuk Seri Najib Razak semasa Menteri Kewangan kepada kini 1,683 kini, soalnya.
“Adakah pencapaian (Lim) Guan Eng (Menteri Kewangan) meranapkan Rezab BNM yang BN tinggalkan sebanyak USD 110 billion yang kini tinggal USD 101.4 billion? Atau pencapaian menurunkan import negara, pencapaian menghalau pelabur asing, pencapaian menurunkan harga minyak sawit, getah, musang king?”
“Itu sebabnya saya nak ingatkan kepada Bangsa DAP bernama Ben, sebelum menuduh Dato’ Sri Tuan Guru Hj Hadi duduk dalam tempurung kelapa “coconut shell”, pergilah tengok diri kamu di cermin terlebih dahulu, siapa sebenarnya ketinggalan zaman. Kamu bernasib baik kerana kamu tinggal di London, cubalah kamu hina al Quran di bumi Malaysia, kita tengok apa akan jadi dengan tempurung kepala kamu. saya tidak fikir ada umat Islam yang waras akan melepaskan kamu,” ujar Lokman.- MalaysiaGazette