KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Ebit Lew berkongsi pengalamannya melawat vokalis Wings, Datuk Awie baru ini-baru ini.
Beliau berkata, perasaan sebak hadir kerana rockers itu masih memberi senyuman dan sanggup mendengar nasihat yang baik.
“Baru balik program motor jelajah 30 masjid di utara dan juga baru balik umrah. Beliau beri sumbangan di setiap masjid yang beliau pergi.
“Benarkan semua ujian kerana Allah sayang..beliau berazam untuk beri lebih lagi untuk kerja-kerja dakwah. Allahuakbar.. Beliau sangat lembut hatinya dan baik orangnya,” tulisnya di Instagram miliknya.
Ebiit turut memohon doa agar Awie cepat sembuh dan mendapat keberkatan dalam hidupnya serta dipilih menjadi seperti matahari hidayah.
Beliau juga bersyukur kerana dapat menghadiahkan buku 11 Amalan Kekayaan kepada Awie.
“Baca bab satu jer biasanya dah menangis dan bersyukur sedar kita dah benar-benar kaya,” katanya.
Awie atau nama sebenar, Datuk Ahmad Azhar Othman kini menerima rawatan di hospital selepas mengadu sesak nafas.
Difahamkan, Awie sudah mengalami sakit berkenaan hampir seminggu dan dirawat di Hospital Ampang Puteri sejak tiga hari lalu. – MalaysiaGazette