Home Nasional Azwanddin disiasat bawah Seksyen 506

Azwanddin disiasat bawah Seksyen 506

KUALA LUMPUR – Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah akan direman esok di Mahkamah Klang.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, Azwanddin bakal disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan untuk serang balai polis.

“Disamping itu beliau juga akan disiasat di bawah Sek 504KK kerana membuat penghinaan ke atas individu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pihak polis mengesahkan bahawa Azwandin ditahan jam 2.40 petang tadi di Kompleks Keramat Mall, Jalan Datuk Keramat.

MalaysiaGazette difahamkan penahanan Azwanddin itu bagi siasatan penganjuran perhimpunan ‘Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy’ yang dianjurkan oleh Gerakan Rakyat Malaysia (GERAS) di Dataran Seni semalam. -MalaysiaGazette