Home Seni Hidup Perut membesar, kembung lepas Asar – Awie

Perut membesar, kembung lepas Asar – Awie

 

KUALA LUMPUR – Vokalis Wings, Datuk Awie berkongsi pengalaman penyakit misteri yang dihidapi sejak 10 hari lalu hingga menyebabkan dia terlantar di hospital.

Awie memberitahu perutnya akan membesar dan kembung selepas waktu Asar hingga ke Maghrib.

Lebih memeritkan bahagian belakang badannya pula terasa seperti dicucuk dengan lembing yang membara.

Bapa kepada lima anak itu berkata demikian dalam satu rakaman video ketika di temubual sebuah portal.

“Hasil ujian pemeriksaan menunjukkan saya tidak mengalami penyakit serius.

“Selepas ini saya merancang untuk mencuba rawatan alternatif,” katanya yang menerima kunjungan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk Irwan Shah atau DJ Dave semalam.

September lalu, Awie pernah mendedahkan dirinya dan isteri, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin sering mengalami gangguan misteri.

Katanya, gangguan dan penyakit misteri ini bukan baru sebab sudah 13 tahun dia mengalaminya tidak kira siang atau malam sekiranya ‘benda’ itu datang mengacau.

Kata Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 50, gangguan itu hadir siang dan malam tanpa mengira waktu sehinggakan isterinya menjadi takut andai perlu tinggal bersendirian di rumah. – MalaysiaGazette