JAKARTA – Amaran paras kedua tertinggi telah dikeluarkan bagi letusan gunung berapi Anak Krakatau.
Zon larangan di sekitar lima kilometer dari kawasan tersebut telah dilaksanakan susulan peningkatan aktiviti letusan.
“Aktiviti letupan gunung berapi meningkat,” kata Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) sambil memberitahu zon bahaya telah diperluaskan dari dua kilometer kepada lima kilometer.
Lantaran itu, penduduk dan pelancong di larang berada di kawasan itu.
Sementara itu, agensi kawalan trafik udara, AirNav berkata, pihaknya telah menutup laluan penerbangan kerana situasi dalam amaran merah.
Sebanyak 20 hingga 25 penerbangan terjejas termasuk laluan antarabangsa dari Australia, Singapura dan Asia Barat.
Namun, gangguan dijangka minimum tetapi penumpang bakal melalui perjalanan yang panjang dan pesawat pula memerlukan lebih banyak minyak kerana laluan perlu dialihkan. – MalaysiaGazette