
KUALA LUMPUR – “Saya harap PH (Pakatan Harapan) tidak tidak berpolemik politik sebaliknya tumpu dan cari jalan pnyelesaian tuntas dalam soal masa depan peneroka FELDA”
Itu gesaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sidang video live dari media sosialnya hari ini.
Najib yang bersimpati dengan nasib peneroka sekarang dan mendakwa sepanjang pentadbirannya dahulu, kerajaan Barisan Nasional (BN) melakukan pelbagai program kebajikan dan berharap mereka mendapat sesuatu yang baik daripada kerajaan PH sekarang.
“Hakikatnya semasa BN memerintah kebajikan peneroka dihargai dengan sempurna sekali,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Ahli Parlimen Pekan itu memberitahu, tujuan beliau membuat penjelasan hari ini kerana bimbang isu FELDA akan diputarbelitkan oleh kerajaan PH.
“Apabila saya ambil alih jadi PM, saya sedar perkara ini (masalah pokok lama dan kebajikan peneroka) dan telah ambil keputusan dasar bersama FELDA lancar program pembangunan semula dalam bentuk ganti pokok-pokok lama dgn tanaman semula.
“Kedua tambah kebajikan para peneroka khususnya beri sumbangan dana untuk mereka tambah baik rumah-rumah FELDA,” katanya.
Keputusan juga dibuat mengambilalih hutang dan IPO FGV untuk jana sejumlah dana yang membolehkan tanaman semula dan kebajikan dilaksanakan secara menyeluruh.
“Saya ingin tegaskan, program ini telah dilaksanakan berjalan lancar dan sepanjang masa BN jadi kerajaan tidak ada masalah kelewatan pembayaran sara hidup sama sekali,” katanya.
Namun sejak kebelakangan ini, berlaku kesan buruk apabila peneroka menerima pembayaran lewat sehingga sampai dua bulan daripada tarikh sepatutnya mereka terima.
“Kenapa perkara ini berlaku? Ini kerana dua faktor. Pertama, harga sawit jatuh ketara antara RM1,700 hingga RM2,000 satu tan, keadaan di mana kos pengurusan meningkat sehingga RM1,800 dan ini salah satu punca FELDA alami (masalah) aliran kewangan.
“Kedua disebabkan dalam mereka kejar kemenagan, PH telah menjanjikan dalam manifesto mereka mereka akan hapuskan hutang peneroka dan kini mereka sudah tentu keberatan akan bayar balik.
“Apa yang saya kesal langkah menyalahkan kerajaan BN kononnya berlaku ketirisan. Saya hendak jelaskan apa juga tuduhan telah siasat waktu pentadbiran saya lagi,” katanya.
Ia termasuklah dakwaan FELDA membeli hotel di luar negara kononnya menjadikan agensi itu mengalami masalah hutang besar.
“Aset FELDA RM21 bilion dan hutang RM8 bilion itu pun dalam bentuk soft loan yang sebahagian besar RM8 bilion itu tampung perlaksanaan tanam semla berskala besar dan penambahbaikan rumah-rumah peneroka,” katanya.- MalaysiaGazette