Home Sukan Salah buat hal

Salah buat hal

Mohamed Salah.

LONDON – Bintang Liverpool, Mohamed Salah bakal digantung dua perlawanan dan mungkin tidak dapat beraksi dalam perlawanan penting berdepan Arsenal dan Manchester City.

Pemenang Kasut Emas musim lalu dari Mesir itu meledak gol ke-12 peribadinya musim ini menerusi sepakan penalti susulan insiden itu selain membantu Reds berada dalam kedudukan selesa dengan kelebihan enam mata di puncak liga.

Namun satu panel Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris dijadual bermesyuarat hari ini bagi menentukan sekiranya pengadil, Graham Scott ‘tertipu’ ketika beliau memutuskan mengenai sepakan penalti itu.

Pengurus Newcastle, Rafael Benitez yang berang berkata penalti sebegitu mengubah segala-galanya dan dia perlu menjelaskan kenapa mereka melepaskan empat gol.

Namun Liverpool berpeluang menafikan dakwaan salah laku tetapi suruhanjaya itu akan duduk berbincang sebelum kunjungan Arsenal, awal pagi Ahad ini untuk mendengar rayuan.

Reds kini mempunyai kelebihan tujuh mata berbanding City yang dikendali Pep Guardiola. Mereka bertemu City di Etihad pada 3 Januari depan. – MalaysiaGazette