CARACAS – Gempa bumi dengan kekuatan 5.6 magnitud melanda utara Venuzuela hari ini.
Bencana itu menyebabkan gegaran dapat dirasai lebih 100 kilometer dari pusat gempa bumi.
Gempa itu direkod 4 kilometer di timur laut San Diego pada 0859 GMT pada kedalaman kira-kira 10 km, menurut laman sesawang Kajian Geologi Amerika Syarikat.
“Seluruh rumah itu bergoncang,” kata seorang saksi di Club de Campo, yang berada 102 kilometer dari pusat gempa itu.
Saksi lain pula berkata, gempa itu berlaku antara lima atau enam saat. – MalaysiaGazette