Home Dunia UAE buka semula kedutaan di Damsyik

UAE buka semula kedutaan di Damsyik

Bendera UAE dinaikkan di bangunan kedutaannya di Damsyik. foto AGensi

DUBAI – Emiriah Arab Bersatu (UAE) membuka semula kedutaannya di Damsyik selepas lapan tahun ditutup.

Keputusan itu menandakan sokongan diplomatik untuk Presiden Bashar al-Assad daripada negara Arab yang merupakan sekutu Amerika Syarikat  dan pernah menyokong pemberontak untuk melawannya.

Langkah itu bertujuan untuk menjernihkan semula hubungan dan membendung risiko gangguan serantau dalam “hubungan Arab, Syria”.

Ia merujuk kepada Iran bukan Arab, yang menyokong Assad dalam usaha perangnya.

“Keputusan UAE … datang setelah keyakinan tahap berikutnya memerlukan kehadiran Arab dan komunikasi dalam fail Syria,” kata Anwar Gargash, Menteri Negara UAE untuk urusan luar negeri.

Pembukaan semula kedutaan itu adalah satu langkah ke arah pemulihan Syria oleh rakan-rakan Arab setelah keahliannya dalam Liga Arab digantung tujuh tahun yang lalu.

Gargash berkata, kemasukan semula memerlukan konsensus Arab.

Bendera UAE dinaikkan semula di kedutaan yang ditutup sejak awal bulan tercetusnya konflik Syria hampir lapan tahun lalu.

Kementerian Luar UAE berkata, wakil negara itu akan mula bertugas pada hari Khamis. – MalaysiaGazette