KUALA LUMPUR – Pemain-pemain import baharu pasukan Kedah yang akan beraksi pada musim 2019 tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar malam tadi.
Ketibaan mereka pada pukul 9 malam disambut kira-kira 200 penyokong pasukan itu dalam suasana yang meriah.
Ketiga-tiga pemain import berkenaan ialah Fernando Rodriguez yang merupakan pemain berasal dari Sepanyol; Anmar Al-Mubaraki, pemain kelahiran Iraq manakala Shakir Hamzah merupakan pemain yang berasal dari Singapura.
Sambutan yang diaturkan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) itu adalah sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan mereka ke negeri Jelapang Padi dan sebaik tiba, penyokong-penyokong Kedah sempat mendendangkan lagu ‘Biar Jasa Jadi Kenangan’ sebagai tanda semangat.
Turut hadir menyambut ketiga-tiga import baharu berkenaan ialah Naib Presiden KFA, Anas Hafiz Mustaffa bersama-sama pihak pengurusan serta kakitangan badan induk itu. – MalaysiaGazette