LIVERPOOL – Pemain pertahanan Liverpool, Alberto Moreno meluahkan rasa kecewa terhadap layanan yang diterima di Anfield.
Pemain itu mendakwa dia tidak berpuas hati dengan pengurus pasukannya, Jurgen Klopp.
“Saya tidak suka dengan cara layanan Klopp di Anfield,’ katanya.
Andy Robertson menjadi pilihan utama di bek pertahanan kiri manakala Moreno tidak lagi menjadi pilihan pertama Klopp.
Pemain berusia 26 tahun itu akan tamat kontrak pada hujung musim ini dan berhasrat meninggalkan the Kops jika nasibnya tidak berubah.
“Saya tidak selesa, itulah sebenanyar. Saya tergures hati kerana telah menyumbangkan segalanya demi pasukan.
‘Selepas kembali dari kecederaan, saya berhak diberi peluang.
“Tetapi situasi semasa di sini tidak menyebelahi saya. Saya tidak suka dengan cara Klopp layan saya,” keluhnya.
Moreno menyertai Liverpool pada tahun 2014 dari Sevilla.
Kini pemain itu membuka pintu menyatakan kesediaanya kembali ke negara asalnya, Sepanyol.
“Berhijrah semula ke Sepanyol adalah sesuatu yang sentiasa saya fikirkan, saya sudah penat dengan kesejukan di sini namun tidak pasti tentang minat kelab lain.
“Setakat ini belum ada perjanjian atau pembaharuan kontrak dan pada Januari saya bersedia mendengar mana mana tawaran kelab lain,” katanya.
Moreno jelas tidak gembira dengan situasinya di kelab itu.
Liverpool akan menerima kunjungan Arsenal esok sebelum berdepan Manchester City minggu hadapan. – MalaysiaGazette