Home Seni Hidup Anggerik nama anak Adira

Anggerik nama anak Adira

KUALA LUMPUR – Penyanyi Adira Suhaimi yang selamat melahirkan anak sulung kelmarin telah memberi nama yang unik iaitu Anggerik.

“Alhamdulillah, syukur #Anggerik #Enamsudah,” tulisnya di laman Instagram miliknya.

Adira memilih nama Anggerik kerana minat terhadap bunga klasik dan sudah lama menyimpan hasrat untuk menamakan anak sulung dengan nama tersebut.

Adira mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau turut dikenali sebagai Datuk Red pada 3 Disember 2015, di Songkhla, Thailand. – MalaysiaGazette