KUALA LUMPUR – Keputusan Peguam Negara untuk mengadakan inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menjadi tanda tanya kerana polis masih menyiasat kes tersebut.
Kematian anggota bomba dan penyelamat itu telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Sekyen 302 Kanun Keseksaan.
Lantaran itu, Datuk Seri Mohamad Hasan bertanya adakah Peguam Negara sudah tidak percaya dengan kredibiliti dan kecekapan polis melakukan siasatan kes pembunuhan tersebut.
Pemangku Presiden UMNO itu berkata, sudah tentu tindakan menyiasat “punca kematian” dan menyiasat “siapa yang menyebabkan kematian” Allaayarham Muhammad Adib merupakan objektif yang berbeza.
Soal Mohamad, mengapa pula kerajaan melalui Peguam Negara cuba memesongkan pandangan rakyat seolah-olah kematian Muhammad Adib terbela walhal pembunuhnya masih bebas.
Beliau yang amat simpati dengan keluarga Allahyarham Muhammad Adib meminta polis menyelesaikan siasatan kes pembunuhan itu dengan segera kerana sudah tentu keluarga arwah tertanya-tanya siapakah pembunuh anak mereka.
Pejabat Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya juga perlu tegas dalam menentukan sama ada Allahyarham Muhammad Adib dibunuh dan siapa pembunuhnya.
“Dan bukan menggunakan prosiding inkues kematian oleh sebuah Mahkamah Koronor bagi tujuan bagaimana arwah Adib meninggal dunia dan bukan mencari pembunuhnya,” kata Mohamad lagi.
Allahyarham Muhammad Adib, 24, meninggal dunia selepas dibelasah sehingga mengalami kecederaan teruk semasa bertugas memadamkan kebakaran membabitkan beberapa kenderaan dalam kejadian rusuhan di sebuah kuil di Seafield pada 27 November lalu.
Mangsa yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara selama tiga minggu, akhirnya meninggal dunia pada 17 Disember lalu.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu turut mempersoalkan mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak mengeluarkan kenyataan berhubung inkues bagi menentukan kematian Allahyarham Muhammad Adib dan bukan dilakukan oleh Peguam Negara.
Tindakan itu memberi persepsi kepada rakyat bahawa Menteri Dalam Negeri itu campur tangan terhadap urusan siasatan polis dan pendakwaan Peguam Negara.
Katanya, rakyat sekarang melihat sama ada kerajaan Pakatan Harapan mematuhi kedaulatan undang-undang atau hanya menggunakan prosedur undang-undang bagi melenggah-lenggahkan keadilan. – MalaysiaGazette
If therein “A Possibility of Another “Cause”, be certain, to co relate the “Effect”.
..A Specific Cause Will Create A Corresponding Effect. Why are the 8 Firemen Felt So Guilty?
..let be subjective to find out the truth. The least, avoid being too Prematurely Objective to conclude.
Kita sebagai Kaum Melayu perlu kritis dgn tindakan Serta pemikiran.