Home Dunia Gempa bumi bermagnitud 7.2 gegar Mindanao

Gempa bumi bermagnitud 7.2 gegar Mindanao

MANILA – Gempa bumi bermagnitud 7.2 menggegarkan Pulau Mindanao di selatan Filipina hari ini, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Gempa bumi yang berlaku pada 3.39 GMT (11.39 pagi waktu tempatan itu terletak 101 kilometer ke tenggara kawasan pantai Pundaguitan, menurut agensi itu.

Pusat gempa tersebut berada pada kedalaman 49 kilometer, lapor agensi berita Sputniknews. – Agensi