Home Politik Tubuh tabung biasiswa Armada – Ashraf

Tubuh tabung biasiswa Armada – Ashraf

Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir 
Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir 

PUTRAJAYA – Seorang perwakilan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencadangkan agar sayap itu menubuhkan Tabung Biasiswa Armada.

Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, iniasiatif tabung itu bagi membantu anak bumiputera terutamanya dalam kumpulan B40.

Jelas beliau yang juga Exco Pendidikan Armada, golongan itu perlu diberi dorongan demi menggapai cita-cita mencari ilmu di menara gading.

“Satu kajian data yang dijalankan oleh Daniel Syahiran Ho mendapati bahawa 49 peratus anak Melayu yang terlibat dalam politik, tidak melanjutkan pendidikan ke peringkat tertinggi.

“Namun perlu diingatkan, melanjutkan pengajian bukanlah untuk mencari kerja yang baik utamanya. Ianya haruslah atas niat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan diri selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Armada pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Mohd. Ashraf Mustaqim turut mencadangkan agar disegerakan satu cabang perkaderan peringkat Armada untuk ditanamkan segenap input dan intipati agenda revolusi pemikiran demi menyemarakkan roh perjuangan yang terhasrat kepada generasi bangsa.

Pada masa sama, beliau menyeru ahli-ahli Armada menggerakkan peranan intelek kerana tidak mahu sayap itu menidakkan peranan intelektual dalam konteks semasa.

“Oleh itu saya menyeru saudaraku ARMADA bagi yang tidak melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi untuk melakukan sedemikian,” katanya. – MalaysiaGazette