Home Politik UMNO harus elak salahkan bangsa sendiri

UMNO harus elak salahkan bangsa sendiri

Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – UMNO harus memikirkan bagaimana untuk memperkasakan lagi agenda dakwah Islamiah, kedudukan Islam, bahasa Melayu, Raja Melayu dan hak istimewa Melayu.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, parti perlu mengelakkan diri dari budaya menyalahkan bangsa sendiri seperti menghina Melayu miskin kononnya malas.

Jelas beliau, orang Melayu bukan pemalas sebaliknya ramai yang rajin membanting tulang, tetapi mereka tidak kaya.

“Ada juga Melayu yang tidaklah rajin, tetapi dilahirkan senang lenang, menjadi bilionair.

“Jadi, peranan dan perjuangan kita ialah menggalakkan semua mereka berusaha, selebihnya Allah yang memberikan rezeki,” katanya menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, UMNO harus memastikan parti itu tidak menjadi Bersatu 2.0 yang mengamalkan diskriminasi keahlian.

Selain itu, katanya, Bersatu atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga menghalang kebebasan bersuara dan tidak mengamalkan kesamarataan siapa pembuat dasar.

“Mereka yang sebenarnya mengamalkan kronisma, nepitisma, kemewahan dalam organisasi dan sikap suka menyalahkan orang lain, selain sombong dan angkuh,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Memperkasakan Islam:

    Selama ini Islam hanya Suatu Persembahan Ritual yg di bawa oleh UMNO. Jika di ukur Rumah ibadat yg di bina, lupa Akan Kita, Bumi di mana Kita Hidup, Mati, Menyatakan Sifat Kemanusiaan sebenar NYA, tak lain, Sebuah Masjid.

    Akan tetapi, BUMI MALAYSIA ini, Golongan UMNO memperkayakan diri mereka, merompak khazanah Negara. Maka dgn sendiri nya, Golongan UMNO ini yg meruntuhkan & membuat kerosakan yg amat ketara di atas Masjid, Bumi Negara, Malaysia.

    Mermatabatkan Melayu:

    Istilah Melayu yg UMNO gunakan tak lain, Melayu yg blh menerima BUDAYA UMNO.

    Amanah yg di beri oleh bangsa Melayu kpd UMNO di onak utk memperkayakan julat julat UMNO sj. Tak Cukup dgn itu, dlm dunia Corporate, segala bentuk Proxy mewakili UMNO terang terang ujud.

    Amat Malang bila UMNO merompak institusi2 yg di amanahkan, TH, Felda, PNB, LTAT & sebagai nya.

    Mertabatkan Raja2 Melayu:

    Rhetoric Mertabatkan Raja2 Melayu hanya Lah Laungan Pemimpin UMNO dlm hubungan dgn Istana utk mendapatkan & memperolehi kegunaan Tanah Tanah Negeri, di mana tersimpan kekayaan baik di Salam Mau pun pembangunan di atas nya.

    Kedudukan Raja Raja Melayu Terpilihara. dlm ertikata Perlembagaan Negara. Akan tetapi, Raja Raja Melayu perlu ada ‘oversight & regulatory’ supaya tiada yg melebihi undang undang Negara.

    Yg Supreme dlm Negara tak lain, Rakyat. Rakyat yg berkuasa menentukan Negara.

    Rakyat telah buat penentuan, utk tidak menerima UMNO, BN & Budaya Dari Istana yg bersifat absolute & bercanggah dgn undang undang yg sediada.

    Respect is earned. It not a one way ticket based on patronising & blind obedience.

    Malaysia perlu bangun Dari kemusmahan yg di lakukan oleh Najib & Sekutunya. Kita blh melakukan nya dgn jati diri, discipline & perisian ilmu. Ayuh bangun bangsa Ku. Daulat kembali Negara ini dgn penuh tanggungjawap. Serumpun Kita yg terdiri Dari pelbagau bangsa. Ini teras kekayaan budaya Kita.

    “Sesunggohan nya, pelbagaian itu, satu diversity keindahan Malaysia.

Comments are closed.