KUALA LUMPUR – Nampaknya isu pelantikan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR bukan sahaja tidak dipersetujui oleh sebilangan ahli-ahli parti itu.
Malah ia turut mengundang komen tidak puas hati dua anak lelaki Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sendiri.
Sejak semalam, kedua-dua anak Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu yang dikenali Ameer dan Basheer juga memuatnaik komen sinikal terhadap pelantikan Rafizi oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
“Be a man & reject the position. Dah kalah tak reti malu” kata Ameer dalam ciapan di Twitternya semalam.
Basheer juga meluahkan rasa tidak puas hati dengan pelantikan Rafizi.
“Then what was the point of having the party election? This goes against the party’s principles of being fair and just to all members. You should NOT appoint a candidate who just lost in a tight race for the DP position during the party election. What a sore loser! @rafiziramli ” kata Basheer dalam ciapan Twitternya.
Baru-baru ini, Anwar mengumumkan pelantikan Rafizi sebagai Naib Presiden PKR walaupun bekas Ahli Parlimen Pandan itu kalah dalam pertarungan pemilihan parti merebut jawatan nombor dua dalam parti.- MalaysiaGazette
Azmin, the least you can do, tell your children to behave. Stop been Partisan as Party matter has nothing to do with your family.
As much as the People despise Anwar and his Family in PKR, we also like you to see Your Children Stop behaving like spoil kids.