KUALA LUMPUR – 2018 adalah tahun kegembiraan bagi kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menjanjikan harapan, tetapi tahun paling memeritkan kepada rakyat yang teraniaya.
Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkata, rakyat bukan sahaja dianiayai oleh janji yang tidak ditunai, bahkan mereka hilang harapan kepada kerajaan yang menabur 1,001 janji manis.
“Masuknya era 2019 mulai esok adalah tahun penuh kekecewaan bagi majoriti rakyat yang melihat secara realitinya sudah tidak ada harapan lagi bagi mereka untuk menikmati pembangunan ekonomi seperti pernah dirasai dan dinikmati masa kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
“Tahun 2019 juga mulanya menggantikan harapan,” katanya berkias menerusi laman Twitter beliau hari ini.
PH selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat pada 10 Mei lalu, bukan sahaja tidak dapat melunaskan keseluruhan janji dalam manifesto, tetapi turut gagal menunaikan janji 100 hari pemerintahannya.
Dalam tempoh lapan bulan PH memerintah juga puluhan ribu rakyat kehilangan pekerjaan, bantuan yang disalurkan bagi meringankan beban hidup mereka oleh kerajaan BN terdahulu juga turut dihapuskan. – MalaysiaGazette
7 months past, and yet to start spending its first ever Budget tabled in Feb 2019, we the Rakyat felt at least, there are some honesty in the air.
Every money to be spent, there are provisions to settle the huge debts left over by You & Your Goons in BN.