SINGAPURA – Harga minyak meningkat dalam dagangan hari terakhir 2018 didorong oleh pasaran saham yang lebih kukuh namun masih kekal dalam trend menurun dalam tempoh tiga tahun di sebalik kebimbangan terhadap lebihan bekalan.
Progres dalam perjanjian perdagangan AS-China dilihat dapat membantu meningkatkan sentimen yang sejak kebelakangan ini diselubungi kebimbangan teradap potesi ekonomi global yang semakin lemah.
Harga minyak mentah Brent meningkat 17 sen atau 0.3 peratus kepada AS$53.38 setong pada 0115 GMT.
Harga Brent jatuh kira-kira 20 peratus pada 2018 selepas merekodkan pertumbuhan hebat selama dua tahun berturut-turut.
Kontrak hadapan US West Texas Intermediate (WTI) berada pada paras AS$45.52, naik 19 sen atau 0.4 peratus berbanding ketika akhir dagangan lalu.
WTI jatuh sebanyak hampir 25 peratus tahun ini. – Agensi