Home Ekonomi IHPR pengeluaran tempatan November turun 2.9

IHPR pengeluaran tempatan November turun 2.9

Perikanan antara penyumbang penurunan IHPR pengeluaran tempatan bagi November 2018.

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan berasaskan tahun ke tahun menurun 2.9 peratus pada bulan November 2018 berbanding 0.7 peratus pada Oktober 2018.

Penurunan indeks keseluruhan ini adalah disebabkan oleh indeks pertanian, perhutanan & perikanan (-22.7%), pembuatan (-1.8%) dan Bekalan air (-0.1%), kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Sebaliknya, indeks perlombongan dan bekalan elektrik dan gas masing-masing meningkat 4.5 peratus dan 1.2 peratus.

Berbanding bulan sebelumnya, IHPR pengeluaran tempatan merekodkan penurunan sebanyak 2.8 peratus pada November 2018 yang telah disumbangkan oleh indeks perlombongan (-16.4%), pertanian, perhutanan & perikanan (-6.4%) dan Pembuatan (-0.7%).

Sementara itu, bekalan air dan elektrik dan gas masing-masing meningkat 0.5 peratus dan 0.3 peratus. – MalaysiaGazette