Home Ekonomi Bursa positif dalam dagangan pertama 2019

Bursa positif dalam dagangan pertama 2019

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia memulakan hari dagangan pertama 2019 dengan prestasi positif sejajar dengan dagangan serantau terutamanya dalam pembelian saham berwajaran tinggi.

Pada 9.02 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.01 mata kepada 1,693.59 dari 1,690.58 pada Isnin lalu.

Indeks itu dibuka 2.93 mata lebih kukuh pada 1,693.51.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 113 berbanding 47, manakala 104 kaunter tidak berubah, 1,593 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 42.01 juta saham bernilai RM14.75 juta.

Pasaran ditutup pada Selasa sempena cuti umum Tahun Baru. – MalaysiaGazette