PUTRAJAYA – Seperti biasa pelbagai ramai dapat dilihat anak-anak yang memasuki alam persekolahan.
Jika dahulu ramai murid tahun satu menangis pada hari pertama dan terpaksa ditemani ibu bapa sepanjang, namun senario demikian semakin berkurangan.
Mungkin kerana mereka telah biasa dengan alam persekolahan kerana dihantar menghadai pra sekolah sebelum ini.
Pegawai Teknologi Maklumat Kementerian Pendidikan, Nooraida Niza Jafri, 35, yang menghantar Razin Amzar, 7, ke Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1) hari ini teruja dengan sikap anak tunggalnya itu yang bersemangat untuk belajat sebaik sahaja melangkah memasuki kawasan sekolah.
Katanya, Razin yang pernah belajar di prasekolah pada mulanya menunjukkan rasa tidak gemar ke sekolah.
“Semalam dia menunjukkan mood tak nak ke sekolah. tetapi selepas bersiap dan mengenakan uniform baharu sekolah, reaksi dia sudah lain, tidak henti senyum sehingga ke masuk bilik darjah hari ini.
“Pagi ini tiada masalah, saya berjaya uruskan dia, tetapi esok tak pasti lagi bagaimana perangai dia nanti.
“Sebab di rumah dia seorang akif bergaul dengan orang kecuali di luar sangat pendiam, mungkin perlukan masa untuk dia berkawan di sekolah untuk kembali normal,” ujarnya.
Pelbagai gelagat murid Tahun Satu mencuit hati antaranya ada yang mengantuk dengan mata bengkak ketika membaca ikrar, mungkin tidak cukup tidur.
Ada yang ceria sambil menunjukkan tanda ‘peace’ dan ada yang merenung tajam lensa kamera jurufoto MalaysiaGazette sehingga masuk blik darjah.
Seramai 375 murid didaftarkan di tahun 1 skeolah berkenaan daripada jumlah keseluruhan seramai 1,944 orang.
Ibu bapa pula kelihatan tekun mendengar taklimat sesi perhimpunan yang dihadiri lebih 114 orang guru sekolah berkenaan pagi ini.
Sementara itu, Md Norzalizan Mahamad, 37 berkata, beliau menghadapi kesulitan memujuk anaknya, Muhamad Izziaulhaq, yang tertidur di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke sekolah.
“Anak kedua saya ini baru hari ini melangkah masuk ke tahun 1 yang mana persekitaran serba baharu untuk dia akan berdepan dunia persekolahan yang agak mencabar ketika ini.
“Tetapi dia seorang yang minat sukan bola sepaak, apabila lihat padang permainan sekolah dia teruja nak ke sekolah, dan saya pada mulanya bimbang akan reaksi dia, lega juga lihat perangainya yang menggembirakan saya lagi,” ujarnya yang merupakan juruukur tanah.
Juruteknik makmal veterinar, Mohd Faizal Ismail, 34, yang bekerja di Salak Tinggi berkata, beliau tidak berdepan masalah untuk menghantar Nur Nabilah Mohd Faisal ke sekolah hari ini.
“Dia seorang pandai menguruskan diri tanpa bergantung kepada kami sepenuhnya di rumah.
“Apabila membuat persiapan sekolah sejak kelmarin dia tenang dan semalam diminta tidur awal dia tidak dapat melelapkan mata sebab tidak sabar untuk melangkah masuk ke sekolah dan menghirup udara persekitaran bilik darjah dan kasih sayang guru dan rakan sekelas.
“Dia tidak menunjukkan sebarang keengganannya ke sekolah hari ini, sebab dia sudah biasa ikut kami untuk menghantar abangnya ke sekolah sebelum ini, berkemungkinan dia sudah tidak ada kerisauan berdepan sesi sekolah,”katanya. – MalaysiaGazette