LONDON – Cesc Fabregas akan memuktamadkan perpindahan ke Monaco CF minggu hadapan.
Fabregas bukan lagi pemain pilihan utama di Stamford Bridge ekoran kehadiran Maurizio Sarri.
Dibawah pengurus baharu itu, Bintang Sepanyol berusia 31 tahun itu bergelut untuk beraksi dalam kesebelasan utama sejak awal musim ini.
N’Golo Kante, Mateo Kovacic dan Jorginho sentiasa menjadi piihan Sarri dan dilihat penyekat peluang Fabregas dalam skuad the Blues.
Sumber memberitahu Fabregas akan menandatangani kelab Ligue 1 Perancis itu minggu hadapan.
Ia akan menyaksikan pemain itu akan bersatu dengan bekas rakan sepasukan Arsenal Thierry Henry di Monaco CF.
Henry telah diberi kontrak 3 tahun untuk mengemudi pasukan Monaco.
“Saya tahu apa peranan saya, malangnya saya tidak diberi peluang yang diinginkan di sini (Stamford Bridge).
“Saya masih mengendalikan situasi secara profesional dengan syarat mahu beraksi bersama pasukan pertama.
“Sebenarnya saya masih belum dapat beraksi dengan pasukan pertama walupun berdiam dan tidak pernah mengadu,” katanya.- MalaysiaGazette