Home Politik Anwar – ‘PM in waiting’ paling lama di dunia? 

Anwar – ‘PM in waiting’ paling lama di dunia? 

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap ketika sesi sidang media pada Majlis Pelancaran Buku 9 May 2018:Notes From The Frontline di The Curve, Mutiara Damansara, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 02 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dikatakan telah mencatat rekod baharu apabila menjadi Perdana Menteri yang sedang menunggu paling lama di dunia.

Menurut sumber, Anwar boleh dikatakan sudah mencatat sejarah dan boleh diiktiraf dalam rekod antarabangsa kerana segala langkah politiknya sejak tahun 2008 masih gagal menaikkannya sebagai Perdana Menteri.

“Apakah ramai orang sudah terlupa kepada PRK Permatang Pauh 28 Ogos 2008, Langkah Kajang tahun 2014 dan terkini Langkah Port Dickson?

“Kesemua langkah politik ini adalah untuk Anwar Ibrahim. Bukan untuk Azmin Ali, bukan juga untuk Wan Azizah.

“Anwar lebih rakus menyusun gerakan politik tanpa mempedulikan had-had demokrasi. Asalkan langkah itu memberi faedah untuk dia, demi mencapai cita-cita kuasa menjadi Perdana Menteri.

“Dia menjadi insan politik dengan gelaran the longest prime minister in waiting mungkin boleh menjadi catatan World Guiness Book Record. (Nelson) Mandela pun sempat merasai nikmat kuasa sebagai Presiden Afrika Selatan.

“Selepas menang tanpa bertanding sebagai presiden PKR, Anwar terus menyusun strategi ala tahun 1997,” katanya kepada MalaysiaGazette, baru-baru ini.

Sumber mendakwa Anwar sendiri sebenarnya telah membentuk kartel dengan menghantar kuncu-kuncunya untuk menyerang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui badan bukan kerajaan (NGO) seperti Invoke.

“Dia suka menghantar ‘anjing-anjing politik’ menyerang Azmin dengan gelaran kartel. Walhal Anwar sendiri telah membentuk kartel Anwar melalui rekrut-rekrut NGO (seperti) Invoke.

“Sekali lagi minggu ini, dia melanggar demokrasi PKR. Memilih rekrut-rekrut Invoke yang kalah pemilihan sebagai ahli kepimpinan tinggi PKR.

“Lebih drastik politikus-politikus perosak demokrasi dalam PKR diangkat. Anwar memang gila dan dia sebenar sudah sedia berperang melawan Azmin dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya.

Kata sumber lagi, langkah politik Anwar kini hanya dilihat rakyat sebagai satu tindakan terdesak untuk mengambil alih jawatan yang disandang Mahathir sekarang.

“Apakah ini wajah seorang bakal PM yang akan memimpin Malaysia secara dinamik?

“Rakyat lebih nampak kegelojohan Anwar berlangsung tanpa ada batas. Hanya para pentaksub Anwar gigih membela dan kekal menjilat sambil membantai pimpinan-pimpinan pro Azmin,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Let not repeat another mistake, by Choosing Anwar without consensus from the people.

    The promise made is NOT a covenant of a written agreement. There is no legality. Its a moral understanding between parties.

    Therefore we Rakyat will not give you an easy time. Be damned sure about it.

Comments are closed.