JAKARTA – Lion Air telah menamatkan pencarian bagi mengesan perakam kotak suara daripada pesawat Boeing 737 MAX yang terhempas di Laut Jawa pada Oktober tahun lalu.
Nahas itu mengorbankan 189 orang,
Ia terhempas selepas 13 minit berlepas dari Jakarta menunju ke Pangkal Pinang.
Kemalangan tersebut adalah yang pertama di dunia membabitkan Boeing 737 MAX.
Lion Air membiayai sejumlah 38 bilion rupiah bagi mencari kotak hitam kedua menggunakan kapal pesisir luar MPV Everest.
Jurucakap Lion Air, Danang Mandala memberitahu, pencarian kotak hitam itu berakhir pada 29 Disember lalu pada pukul 11.59 malam. – MalaysiaGazette