KUALA LUMPUR- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, selari dengan prestasi pasaran serantau disebabkan pergolakan merentas pasaran global, kata peniaga.
Pada jam 9.08 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM) KLCI menyusut 5.42 mata kepada 1,670.41 berbanding semasa ditutup semalam pada 1,675.83.
Indeks itu dibuka rendah 3.25 mata kepada 1,672.58.
Suasana pasaran negatif apabila kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 174 berbanding 54, manakala 129 kaunter tidak berubah, 1,511 tidak diniagakan dan 22 digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 111.62 juta saham bernilai RM39.54 juta.
— BERNAMA