TERKINI : M.Manogran Calon Pakatan Harapan di PRK Cameron Highlands

Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) hari ini memutuskan wakil DAP, M.Manogran akan diletakkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari ini.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat kepimpinan PH sejak awal pagi tadi tanpa sebarang bantahan.