Home Utama Anwar nafi laporan sabotaj

Anwar nafi laporan sabotaj

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad (tengah) diiringi Timbalan Perdana Menteri merangkap Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (dua kiri), Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar (dua kanan) dan barisan tertinggi Pakatan Harapan bercakap kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 04 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sebuah laporan berita yang memetiknya sebagai berkata kononnya wujud konspirasi dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menghalangnya daripada menjadi perdana menteri akan datang.

“Saya tidak pernah kata begitu. Berita palsu tidak akan dilayan.

“Apa yang saya katakan adalah bahawa anda tidak boleh menafikan beberapa elemen yang mungkin kami tidak persetujui. Itulah proses demokrasi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini, hari ini.

Beliau berkata demkian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal bisnes yang memetiknya sebagai berkata: “Ada pihak tertentu atas alasan peribadi masing-masing ingin mensabotaj aturan ini (peralihan kuasa)”.

Anwar, yang juga Anggota Parlimen Port Dickson, berkata apa yang penting PH, Dr Mahathir dan beliau sudah bersetuju untuk beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Kelapan.

— BERNAMA