WARSAW – Lima remaja yang sedang menyertai ‘escape game’ maut selepas premis permainan itu terbakar.
Seorang lelaki berusia 25 tahun cedera parah dalam kebakaran yang bermula pada pukul 5 petang waktu tempatan di bandar Koszalin.
Kesemua lima remaja perempuan yang berusia 15 tahun itu meninggal dunia berada dalam ‘escape room’ ketika meraikan sambutan hari jadi rakan mereka.
‘Escape game’ merupakan permainan mencabar dalam premis, yang mana para pemainnya bermain di dalam ruangan yang terkunci, kemudia para pemain tersebut harus berusaha keluar dari ruangan yang terkunci tersebut dengan memecahkan teka-teki, petunjuk yang tersedia.
Punca kebakaran masih belum diketahui dan siasatan sedang dilakukan di setiap bilik permainan tersebut. – MalaysiaGazette