Home Ekonomi Selepas Aramco, Petronas intai pelabur Asia, Eropah

Selepas Aramco, Petronas intai pelabur Asia, Eropah

Petronas

KUALA LUMPUR – Petronas Chemicals Berhad (Petronas Chemicals) sedang berunding dengan syarikat petrokimia dari Asia dan Eropah untuk melabur dalam Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sazali Hamzah percaya syarikat petroleum itu mampu mendapatkan rakan kongsi selepas berjaya melalui tiga rundingan sebelum ini, lapor Bloomberg.

Syarikat-syarikat dari Jepun, Korea Selatan, China, Taiwan dan Itali telah menyatakan minat untuk menyertai RAPID.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan syarikat-syarikat tersebut.

Sebelum ini rundingan bersama Evonik Industries AG, BASF SE dan Kuokuang Petrochemical Technology Co tidak menjadi kenyataan.

“Ia adalah masa sukar untuk mendapatkan pelabur-pelabut terutama dalam sektor minyak gas disebabkan ketidaktentuan dalam situasi semasa.

“Namun, jika agenda semua pihak adalah selari, ia boleh berlaku,” katanya.

Syarikat minyak Arab Saudi, Aramco akan melabur sebanyak AS$7 bilion.

Seiring dengan pembangunan RAPID, Petronas Chemicals merancang untuk meningkatkan perbelanjaan modal sebanyak satu perempat tahun ini dan akan datang daripada kira-kira RM4 bilion pada tahun lalu (AS$900 juta), kata Sazali.

Anggaran projek itu yang diumumkan pada tahun 2015 mengambil anggaran harga minyak sebanyak AS$50 hingga AS$60 setong.

Penanda aras global bagi Brent secara purata kira-kira AS$55 setong tahun ini berbanding AS$100 setong pada tahun 2014.

Sazali berkata, peningkatan perbelanjaan akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kimia-kimia asas kepada 16 juta tan menjelang tahun 2020 berbanding 10.8 juta tan, dengan kebanyakannya dari RAPID.

RAPID menyediakan integrasi penuh dengan kemudahan infrastruktur dan sokongan dan tanah yang luas bagi perluasan pada masa depan, kata Sazali.

Pelaburan berikutnya di luar projek RAPID akan menikmati penjimatan fret dan ia adalah salah satu sebab RAPID mahu menarik pelaburan berpotensi, katanya.

Petronas Chemicals juga mahu mengembangkan lagi dalam bahan kimia terbitan serta khusus dan sedang menilai pengeluaran derivatif etilena, propilena dan butadiena, katanya.

RAPID akan kekal fokus dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan syarikat itu hanya aktif mendapatkan pengambilalihan syarikat luar negara pada dekad akan datang.

Malah, syarikat itu mensasarkan kadar penggunaan sebanyak 90 peratus bagi lojinya tahun ini, kata Sazali. – MalaysiaGazette