MOSCOW – Timbalan Menteri Luar Rusia menafikan cadangan untuk menukar warga Amerika Syarikat (AS) yang ditahan di Moscow kerana disyaki mengintip dengan seorang warga Rusia.
Paul Whelan, bekas anggora marin AS, yang memegang pasport Kanada, Britain dan Ireland ditahan di Moscow akhir Diember lalu.
Penahanan beliau mencetuskan spekulasi Rusia mungkin menggunakan beliau untuk membolehkan negara itu membuat tawaran penukaran warga Rusia yang mengaku bersalah bertindak sebagai ejen asing di AS, lapor AP.
Bagaimanapun Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergei Ryabkov berkata, perbincangan kemungkinan melakukan pertukaran membabitkan Whelan dan Maria Butina tidak matang kerana Whelan tidak didakwa secara rasmi, menurut agensi berita Rusia.
“Mengenai kemungkinan pertukaran antara satu sama lain, adalah mustahil dan tidak benar untuk mengkaji soalan itu ketika ini apabila dakwaan rasmi tidak dilakukan,” kata Ryabkov seperti dipetik agensi berita RIA-Novosti.
“Dakwaan akan dibentangkan pada masa depan,” katanya dipetik agensi Interfax.
Terdahulu, laporan media Rusia yang memetik sumber tidak mahu dikenali berkata, Whelan telah didakwa atas tuduhan mengintip yang membawa kemungkinan menghadapi hukuman penjara selama 20 tahun.
Para pegawai tidak menyatakan aktiviti Whelan dan pada awalnya beliau dikenalpasti sebagai warga AS. Kewargaaan Bratain, Kanada dan Irealand secara serentak diketahui pada Jumaat.
Pada Rabu lalu Duta AS, Jon Huntsman Jr. melawat Whelan
di Penjara Lefortovo di Moscow, kemudahan berusia 130 tahun. \
Britain, Kanada dan Ireland telah memohon akses konsular kepada beliau.
Whelan, 48, dipecat daripada Marin kerana berkelakuan buruk. Beliau bekerja sebagai pengarah keselamatan global untuk pembuat alat ganti kenderaan AS dan tinggal di Michigan. – Agensi