Home Nasional Guan Eng beri sokongan kepada Mohamad Sabu

Guan Eng beri sokongan kepada Mohamad Sabu

Jentera parti politik perlu menghormati peraturan pilihan raya dan menjaga adab dan tatasusila ketika menjalankan aktiviti berkempen secara bersih dan profesional.
Jentera parti politik perlu menghormati peraturan pilihan raya dan menjaga adab dan tatasusila ketika menjalankan aktiviti berkempen secara bersih dan profesional.

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangam Lim Guan Eng memberi sokongan moral kepada rakannya, Mohamad Sabu yang menyerahkan sepenuhnya kes penahahan anaknya kerana disyaki positif dadah kepada pihak berkuasa.

Beliau yang melihat tindakan Menteri Pertahanan itu sebagai langkah tepat berkata, tiada siapa yang boleh terlepas daripada undang-undang.

“Sukar jadi seorang menteri, tapi lebih sukar jadi seorang bapa.

“Saya rasa simpati buat kawan baik saya (Mohamad) dan harap dia tabah hati menghadapi segala cabaran.

“Semua pihak diharap dapat memberi ruang dan saya sendiri faham situasi yang dihadapi beliau kerana saya juga seorang bapa,”,” katanya seperti dlapor Berita Harian pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2019 di Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang, Georgetown, hari ini.

Semalam, anak Mohamad, Ahmad Saiful Islam, 31, bersama 101 individu ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara oleh Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Menerusi satu kenyataan, Mohamad berkarta: “Anak saya sama seperti orang lain juga tertakluk kepada proses undang-undang negara,”.

Sementara itu, pada majlis di Kedah, Menteri Pertahanan itu berkata, beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan tambahan susulan penahanan anaknya itu.

Menurutnya, kenyataan bertulis yang dikeluarkan semalam sudah memadai. – MalaysiaGazette