Home Nasional Kerajaan PH panik bila ekonomi menurun selepas PRU14

Kerajaan PH panik bila ekonomi menurun selepas PRU14

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) panik apabila ekonomi negara menurun secara tiba-tiba selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ini ekoran dari pelbagai berita, data, unjuran dan analisa ekonomi yang negatif mengenai ekonomi Malaysia baru-baru ini.

“Tetapi Timbalan Menteri DAP seru rakyat tidak panik dan memberi jaminan eknomi tidak akan mengalami kemelesetan,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Perdagangan Antaraangsa dan Industri, Ong Kian Ming berkata, ekonomi negara mungkin menghadapi cabaran sengit namun ia tidak akan merudum pada tahun ini seperti yang dibimbangkan oleh sesetengah pihak.

Sebagai permulaan, Najib berkata, kerajaan PH perlu menghentikan penipuan bermotif politik mereka bahawa hutang kerajaan lebih dari RM1 trilion kerana ia telah menyebabkan banyak pelabur lari dari Malaysia. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. sebenarnya panik rahsia terbongkar. lepas satu satu lagi keluar . nak tutup panik kata orang lain panik. . rakyat biasa dah kena tipu.

Comments are closed.