Home Politik M Kayveas umum bertanding di PRK Cameron Highlands

M Kayveas umum bertanding di PRK Cameron Highlands

M. Kayveas
Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas bercakap pada sidang media mengenai PRK Cameron Highlands di Wisma PPP, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 06 JANUARI 2018

KUALA LUMPUR – Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, 26 Januari depan.

Menurut beliau, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu hari ini.

“Majlis tertinggi sebulat suara bersetuju kita bertanding dan calon adalah saya,” katanya kepada media dalam sidang media di luar pejabat MyPPP di Kuala Lumpur hari ini.

Kayveas berkata, beliau mendapat sokongan penuh semua ahli parti bagi bertanding di PRK Cameron Highlands.

Dalam pada itu, Kayveas berkata, MyPPP akan memutuskan pada hari penamaan samada akan menggunakan logo parti itu atau tidak.

“Ini merupakan situasi yang unik. Ada 222 kerusi parlimen dalam salah satunya, Cameron Highlands mengadakan PRK, ini merupakan kerusi sama yang kami sudah minta dan kerja keras sebelum ini.

“Jadi kami tidak akan lepaskan peluang ini (untuk bertanding),” katanya.

Ditanya samada beliau mampu untuk meraih kerusi berkenaan, Kayveas berkata peluang untuk beliau memenangi kerusi berlainan adalah 50-50.

“MyPPP ada peluang untuk menang, 50-50 sebab tidak ada peluang yang jelas tapi saya yakin kita ada peluang, nampak keadaan parti lain, kami jadi kuasa politik ketiga selain BN dan PH,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), Kayveas hebat melobi dirinya untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Bagaimanapun Barisan Nasional (BN) bertindak meletakkan Datuk C Sivarraajh dari MIC sebagai calon.

Sivarraajh memenangi kerusi itu dengan memperoleh 10,307 undi.

Mahkamah Pilihan Raya pada mengarahkan kerusi berkenaan dikosongkan selepas mendapati berlaku pembelian undi yang membawa kepada kemenangan Sivarraajh pada PRU ke-14.

Selain Kayveas, DAP sah meletakkan calon apabila gabungan Pakatan Harapan (PH) menamakan M Manogaran sebagai calon. -MalaysiaGazette