TERKINI : APA MASALAH! “Tabung Haji Dikawal Selia Bank Negara!”- Mujahid Yusof

Lembaga Tabung Haji yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) hanya untuk mengawal selia pengurusan kewangan korporat sahaja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, langkah itu bukan bermakna entiti yang menjaga kepentingan umat Islam itu dijual kepada mana-mana pihak bukan Islam.