SINGAPURA – Harga minyak dunia naik dalam dagangan hari ini disokong oleh harapan perbincangan antara Amerika Syarikat dan China akan mengakhiri ketegangan dagangan antara dua kuasa besar ekonomi dunia.
Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) diniagakan AS$48.69 setong pada 0024 GMT, naik AS$0.17 atau 0.4 peratus daripada harga penutup.
Niaga hadapan minyak Brent antarabangsa masih belum didagangkan.
Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat, Wilbur Ross berkata, Beijing dan Washington akan dapat mencapai kesepakatan perdagangan yang “dipersetujui’, memandankan berpuluh-puluh pegawai dari dua ekonomi besar dunia itu sedang berbincang untuk mengakhiri pertikaian perdagangan sejak tahun lalu.
Walaupun optimis dengan perbincangan yang sedang berlangsung, beberapa penganalisis memberi amaran bahawa hubungan antara Washington dan Beijing kekal goyah dan ketegangan itu boleh berulang tidak lama lagi. – MalaysiaGazette