TERKINI : HINA BEKAS AGONG “Pemuda UMNO Beri 24 Jam kepada CISCO”

Pemuda UMNO Selangor memberikan tempoh 24 jam kepada syarikat Cisco system untuk memberikan respon secara rasmi terhadap seorang pekerjanya, Eric Liew, yang mengeluarkan komen biadap terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V baru-baru ini.

Gesaan terhadap perkara itu dibuat oleh Pemuda UMNO Selangor apabila mahu syarikat berkenaan memberikan kenyataan rasmi dan bukannya memaklumkan di laman sosial seperti Facebook.

Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd Shukor berkata, langkah itu perlu lakukan oleh Cisco Malaysia seperti yang pernah dibuat syarikat Honda Malaysia apabila memberikan kenyataan rasmi memberhentikan seorang pekerjanya apabila mengeluarkan komen hingga mengundang kemarahan netizen dalam kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, bulan lalu.