Home Nasional SPRM tahan ‘Datuk’ berhubung kes agensi kerajaan

SPRM tahan ‘Datuk’ berhubung kes agensi kerajaan

Seorang ketua balai Polis Tanah Merah, Port Dickson mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan rasuah, lima tahun lepas.
SPRM

PUTRAJAYA – Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berkaitan agensi kerajaan yang pernah dipimpinnya.

Sumber SPRM memberitahu individu itu ditahan kira-kira 5.30 petang selepas dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Difahamkan lelaki itu dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kontrak promosi yang ditandatangani agensi kerajaan dengan sebuah syarikat tempatan.

Lelaki itu akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya esok.

Sumber SPRM berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

— BERNAMA