Home Utama Lelaki bergelar Datuk, CEO disiasat kes rasuah RM90 juta

Lelaki bergelar Datuk, CEO disiasat kes rasuah RM90 juta

Seorang bekas pengerusi agensi kerajaan dan seorang bekas ketua pegawai eksekutif agensi kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jenayah bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan kontrak Tourism Malaysia bernilai RM90 juta di Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 09 JANUARI 2019

PUTRAJAYA – Seorang bekas pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk dan seorang ketua pegawai eksekutif wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jenayah di sini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan kontrak Tourism Malaysia bernilai lebih RM90 juta.

Mereka dijangka akan dihadapkan ke hadapan Hakim Majistret Irza Zulaika Rohanuddin.

Sebelum itu, kedua-dua mereka yang memakai pakaian oren Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di perkarangan mahkamah tepat pukul 9 pagi tadi.

Kedua-dua mereka tiba menaiki dua kereta berasingan dan menutup muka daripada  dirakam jurugambar media.

Semalam, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya sekitar jam 5 petang.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette